24 June 2015

Book Review 2015 # 21 - Split Second

Title: Split Second
Author: Catherine Coulter


ni 3rd crime book yang den boli.. boli sebab harga nye rm3 jer..

dua cerita dalam satu buku.. bak kata pepatah seiring dan sejalan.. hihi

buku ni menceritakan kisah FBI ejen Dillon dan ejen Lacey dibantu oleh ejen khas Lucy dan ejen khas Cooper untuk menangkap pembunuh bersiri yang terlepas. namun setelah meneliti kes tersebut mereka mendapati pembunuh bersiri tersebut mempunyai hubungan darah dengan pembunuh kejam terkenal yang telah meninggal dunia, iaitu Ted Bunny. maka pemburuan pon bermula..

pada masa yang sama ejen khas Lucy mendapat tahu daripada bapanya yang terlantar sakit bahawa datuk Lucy bukanlah dengan tiba2 menghilangkan diri 20 tahun dulu seperti yang digembar-gemburkan, tetapi telah dibunuh oleh nenek Lucy sendiri!

nekad untuk mengetahui kebenaran mengenai datuknya, Lucy berpindah masuk ke Chevy Chase, rumah nenek nya. namun apa yang dijumpai Lucy bukan hanya kebenaran tentang perkara yang berlaku bertahun2 dahulu tetapi, Lucy juga menjumpai sebentuk cincin pelik yang mempuyai kuasa..

nak tahu ape kuasa yang dimiliki oleh cincin dan misteri disebalik cincin tersebut, kenelah baca sendiri buku ni..

12 June 2015

Book Review 2015 # 20 - The Hunter

Title: The Hunter
Author: John Lescroart


2nd book pasal crime investigation.. beli sebab harga dye murah, rm3 jer.. haha


one day Wyatt Hunt menerima mesej berbuyi "How your mother die?".. sape yang tak terkezut kan tiba2 dapat mesej dari stranger then tanye macam mano mak kau meninggal.. bila call balik xde jawapan.. makin lah tambah suspen kan..

so Hunt pon start lah investigate pasal mesej yang dye dapat tu.. apparently Hunt ialah private investigator so xdelah susah sangat nak start "koje".. 

cerita ni best sebab banyak putar belit, which mean buat kita tertanye2 sape yang hantar mesej tu.. sape yang dye boleh percaya.. sape yang sayangkan dye.. sambil baca sambil berfikir.. 

so kene lah den baco sampai akhir tuk tahu macam mana mak eh meninggal dunia dan juga sapo yang hantar mesej tu..

quite interesting story.. sebab banyak elemen suspen.. den suko suspen2 nih.. =)

09 June 2015

Book Review 2015 # 19 - Sleep No More

Title: Sleep No More
Author: Iris Johansen


one day Sandra, ibu kepada Eve Duncan datang mintak tolong untuk mencari kawannya yang hilang iaitu Beth Avery. Eve dapat merasakan yang ibu beliau merahsiakan tentang sesuatu kerana ibunya bersungguh2 menyuruh Eve untuk mencari Beth dan ditambah pula keengganan Sandra untuk melaporkan kehilangan Avery kepada polis.

Selepas mengetahui yang Beth pernah ditempatkan di hospital sakit jiwa, Eve sangat terkejut kerana kehidupan antara Beth, Sandra dan Eve sendiri saling berkait.. dan dengan kehilangan Beth dari hospital telah mendekatkan mereka dengan bahaya..

so nak tahu ape misteri kehidupan antara mereka bertiga dan bagaimana Beth boleh lari dari hospital sakit jiwa, kene lah baca sendiri buku ni..