09 December 2014

Nice To Have Part 2


Harry Potter.. den dulu masa kat U ade sorang member ni dye memang obses betol dengan Harry Potter nie.. dan disebabkan beliau den kona sapo Harry Potter nie..

den sanggup cari kat tenet cite2 Harry Potter sebab nak nengok.. lopeh tu den cari plak buku eh.. sume nye online version.. download kat henpon jer.. juling-juling jugak la baca kat henpon.. screen samsung S3 tu bukan nye besa mana pon..

ni pon samo lah kes dengan Twilight nye kes.. den tengok cite dengan baca buku eh ulang2.. sampai satu tahap boleh visualize kan macam mana scene nye bila pejam mata..

by J.K Rowling


updated on 12 Feb 2016
den dah beli set buku nih.. sila tengok sini yer..

updated on 25 March 2016
yeay.. buku dah sampai..

06 December 2014

BBW Mines December 2014


masa nie den g dengan budak umah shah alam.. g tongah malam sebab nak elak orang ramai..
memang banyak buku tapi tak banyak yang menarik perhatian den.. so ni jer yang den rembat..


16 September 2014

Book Review 2014 # 15 - Switch | Torn | Ascend

Title: Switch | Torn | Ascend
Author: Amanda Hocking

 
ni 1st series buku yang berangkai yang den boli.. nak dijadikan cerita masa belek2 buku ni ternampak series yg kedua & ketiga.. jadi teruslah grab.. lame gak nak abis ketiga2 buku nie.. 



1st book - switched

buku nie bercerita pasal Wendy Everly, seorang "challenging" iaitu seseorang yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi fikiran orang lain. semasa berumur 6 tahun, ibu Wendy percaya Wendy adalah monster dan cuba untuk membunuh Wendy tetapi telah dihalang oleh Matt, abang kepada Wendy.. seterusnya Wendy telah dibesarkan oleh Matt dan Maggie, makcik mereka..

11 tahun kemudian Wendy mendapat tahu bahawa selama ini ibu Wendy memberitahu perkara yang sebenar (mengenai Wendy ialah monster). dengan bantuan Finn Holmes, rakan sekolahnya, Wendy telah dibawa masuk ke alam Trylle yang selama ini dye tidak tahu tentang kewujudannya.. 

bermula saat itu, Wendy tidak pasti sama ada dye benar2 ingin menjadi seorang "challenging" atau tidak..



2nd book - torn

selepas mengetahui tentang kebenaran yang Wendy telah ditukarkan semasa lahir, Wendy sedar hidupnya tidak akan sama lagi selepas ini..

golongan Vittra cuba untuk memujuk Wendy untuk memihak kepada mereka dan sekaligus menghapuskan kaum Trylle.. dengan itu Wendy perlu mula untuk menguasai kuasa beliau.. demi menyelamatkan Trylle Wendy juga perlu untuk berkahwin dengan seorang raja dari kaum Trylle.. 

sekiranya berkahwin dengan golongan Trylle bermakna Wendy akan berjauhan dengan Finn (kekasih merangkap pengawal peribadi Wendy).. beliau juga mula berkongsi perasaan dengan Loki, putera dari golongan Vittra..

dilema antara kehendak hati dan kaum, antara cinta dan tanggungjawab, Wendy mesti menentukan nasib beliau sendiri.. sekiranya beliau membuat pilihan yang salah, Wendy boleh kehilangan segala2 nya termasuk apa yang dihajatinya..



3rd book - ascend

apabila Wendy menghadapi pilihan mustahil, satu2 nya cara untuk menyelamatkan Trylle adalah dengan mengorbankan dirinya..

pertaruhan semakin tinggi dan Wendy perlu membuat keputusan.. antara Finn dan Loki, Wendy perlu membuat pilihan muktamad, siapa untuk dicintai selamanya..

hanya seorang yang terbukti untuk menjadi cinta abadi Wendy dan kini kehidupan mereka mungkin berakhir..

kini, masa hadapan kaumWendy terletak di dalam tangan Wendy - sekiranya Wendy bersedia untuk berjuang deminya.

21 August 2014

Book Review 2014 # 14 - Night World

Title: Night World
Author: L.J Smith



Vampire, Werewolves, Witches & Shapeshifters - mereka hidup dikalangan kita tanpa pengetahuan kita semua.. Night World adalah secret society mereka, dengan peraturan yang sangat ketat.. dan jatuh cinta di kalangan mereka akan mendatangkan mudarat kerana ianya adalah perkara terlarang dan melanggar undang2 Night World..



Secret Vampire, Poppy beranggapan musim panas akan berkekalan selamanya, tetapi kemudian dye telah di diagnosis menghidap terminal cancer.. hanya James, cinta hati dan rakan yang menjadi harapan Poppy untuk meneruskan kehidupan.. James ialah Vampire dari Night World dan hanya James yang mampu menjadikan Poppy immortal.. namun mereka perlu mempertaruhkan segalanya untuk menentang undang2 Night World..

Daughters of Darkness menceritakan tentang tiga beradik yang menjadi pelarian dari Night World dan kini hidup di kalangan manusia.. Ash, abang kepada mereka telah di hantar untuk memujuk dan membawa mereka pulang ke Night World tetapi Ash telah jatuh cinta kepada rakan mereka..

Spellbinder pula menceritakan tentang perbalahan antara two witch cousins kerana school crush.. ia adalah peperangan antara black magic dan white magic..



Dark Angels, Gillian telah di selamatkan oleh guardian angel nya, Angel.. Angel hanya boleh di lihat oleh Gillian.. tetapi apabila Angel mula membuat permintaan yang pelik dan jahat, Gillian mula menyoal siapakah Angel dan dari mana sebenarnya Angel datang dan dengan ape tujuan..

The Chosen, dengan berbekalkan wooden stake dan ilmu seni mempertahankan diri, serta keinginan yang mendalam untuk menentang kawalan minda oleh Vampire, Rashel berjuang untuk membalas dendam untuk ibunya.. takdir telah menemukan Rashel dengan Quinn, yang merupan soulmate Rashel dan juga merupakan sebahagian dari Night World.. dimana Rashel telah bersumpah untuk membunuh sesiapa yang berasal dari sana..

Soulmate, Hannah telah menerima nota amaran mengenai bahaya yang luar biasa.. jika kematian adalah takdirnya, adakah cinta Lord of Night World mampu menyelamatkan nya?



Apocalypse (wahyu) semakin dekat.. tetapi empat Wild Powers mampu menyelamatkan dunia azab dunia yang mendatang.. sebuah organisasi underground, Circle Daybreak yang terdiri darpiada manusia dan Night World kini dalam usaha mencari siapakah empat Wild Power yang mampu menyelamatkan dunia..

Huntress, seorang pemburu Vampire, iaitu separuh Vampire bergerak sendiri untuk mempertahan dan melindungi manusia..

Black Dawn, Maggie terserempak dengan kerajan Night World yang lama dimana putera Vampire yang memerintah adalah kedua2 musuh dan sekutu..

Witchlight, Circle Daybreak telah mengupah Keller seorang shapeshifters untuk menjaga keselamatan kuasa baru di Night World.. tetapi Keller telah jatuh cinta dengan soulmate Wild Powers, dimana cintanya boleh memusnahkan segala2 nya..

05 August 2014

Nice To Have Part 1



e-buku ni den dah baca ulang banyak kali.. movie nye pon den ulang banyak kali.. sampaikan dengar audio jer pon dah boleh bayangkan scene nye macam mana.. 

lagi parah bila baca buku p bayangkan scene dalam movie.. haha..

by Stephenie Meyer


update on 21 March 2016

den dah beli set buku ni.. tengok sini yer.