Title: Switch | Torn | Ascend
Author: Amanda Hocking
ni 1st series buku yang berangkai yang den boli.. nak dijadikan cerita masa belek2 buku ni ternampak series yg kedua & ketiga.. jadi teruslah grab.. lame gak nak abis ketiga2 buku nie..
1st book - switched
buku nie bercerita pasal Wendy Everly, seorang "challenging" iaitu seseorang yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi fikiran orang lain. semasa berumur 6 tahun, ibu Wendy percaya Wendy adalah monster dan cuba untuk membunuh Wendy tetapi telah dihalang oleh Matt, abang kepada Wendy.. seterusnya Wendy telah dibesarkan oleh Matt dan Maggie, makcik mereka..
11 tahun kemudian Wendy mendapat tahu bahawa selama ini ibu Wendy memberitahu perkara yang sebenar (mengenai Wendy ialah monster). dengan bantuan Finn Holmes, rakan sekolahnya, Wendy telah dibawa masuk ke alam Trylle yang selama ini dye tidak tahu tentang kewujudannya..
bermula saat itu, Wendy tidak pasti sama ada dye benar2 ingin menjadi seorang "challenging" atau tidak..
2nd book - torn
selepas mengetahui tentang kebenaran yang Wendy telah ditukarkan semasa lahir, Wendy sedar hidupnya tidak akan sama lagi selepas ini..
golongan Vittra cuba untuk memujuk Wendy untuk memihak kepada mereka dan sekaligus menghapuskan kaum Trylle.. dengan itu Wendy perlu mula untuk menguasai kuasa beliau.. demi menyelamatkan Trylle Wendy juga perlu untuk berkahwin dengan seorang raja dari kaum Trylle..
sekiranya berkahwin dengan golongan Trylle bermakna Wendy akan berjauhan dengan Finn (kekasih merangkap pengawal peribadi Wendy).. beliau juga mula berkongsi perasaan dengan Loki, putera dari golongan Vittra..
dilema antara kehendak hati dan kaum, antara cinta dan tanggungjawab, Wendy mesti menentukan nasib beliau sendiri.. sekiranya beliau membuat pilihan yang salah, Wendy boleh kehilangan segala2 nya termasuk apa yang dihajatinya..
3rd book - ascend
apabila Wendy menghadapi pilihan mustahil, satu2 nya cara untuk menyelamatkan Trylle adalah dengan mengorbankan dirinya..
pertaruhan semakin tinggi dan Wendy perlu membuat keputusan.. antara Finn dan Loki, Wendy perlu membuat pilihan muktamad, siapa untuk dicintai selamanya..
hanya seorang yang terbukti untuk menjadi cinta abadi Wendy dan kini kehidupan mereka mungkin berakhir..
kini, masa hadapan kaumWendy terletak di dalam tangan Wendy - sekiranya Wendy bersedia untuk berjuang deminya.



