31 July 2014

Book Review 2014 # 13 - A Gathering Light

Title: A Gathering Light
Author: Jennifer Donnelly


buku ni berdasarkan kisah pembunuhan sebenar..

Mattie berbelah bahagi antara tanggungjawab kepada keluarga, keinginannya untuk menjadi seorang penulis atau keseronokan cinta pertama beliau..

dilema dan pilihan Mattie digambarkan dengan penemuan seorang wanita yang mati lemas di tasik, dimana Mattie mengenali wanita tersebut melalui sebundle surat yang ditinggalkan oleh wanita tersebut kepada Mattie. 

dengan penemuan mayat wanita tersebut Mattie mesti membuat keputusan sama ada untuk membakar surat2 tersebut, seperti yang diarahkan atau membaca nya.. 

kisah kematian wanita di tasik telah bergabung dengan kisah hidup Mattie sendiri dan memberi keberanian kepada Mattie untuk menentukan masa hadapan nya..

ikuti kisah Mattie untuk mengetahui lebih lanjut tentang surat2 yang ditinggalkan kepada Mattie serta cabaran yang dihadapi Mattie untuk menemukan masa hadapan beliau..

26 July 2014

Book Review 2014 # 12 - Picture The Dead

Title: Picture The Dead
Author: Adele Griffin & Lisa Brown


buku ni cite pasal hantu sebenar nye.. haha.. bukan cite seram yer..

berkisarkan tentang kehidupan Jennie Lovell yang penuh perasaan cinta dan kehilangan.. beliau seorang yatim piatu dan hidup keseorangan kerana saudara mara tidak ambil peduli tentang kehidupan beliau..

menemui sinar cinta tetapi tidak berpanjangan kerana tunang nye terpaksa turun di medan peperangan dan meninggalkan beliau patah hati..

beliau cuba untuk meneruskan kehidupan nya yang serba serbi kekurangan namun terdapat sesuatu yang misteri (a.k.a hantu) yang menghalang beliau dari melupakan kisah lalu.. 

maka, cerita pon bermula.. 

kene lah baca buku ni kalo nak tahu macam dye berbicara dengan hantu2 yer..

BBW Ipoh July 2014


ni first time den g BBW kat Ipoh.. penat mengayat en.tunang drive g sini sebab den tak tau jalan g Ipoh.. hahaha..

den g nak last day so tak banyak buku menarik yang ade.. den dapek duo buku yoo..