31 May 2014

Book Review 2014 # 11 - The Dragon Princess

Title: The Dragon Princess
Author: E.D Baker


bercerita mengenai Millie, anak kepada Emma yang cuba untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang puteri ajaib yang kerap kali bertukar menjadi seekor naga.

apabila Millie tidak berjaya menggunakan kuasa magik nya sendiri, Millie bersama 3 orang rakan nya (seorang pontianak, seorang troll dan sepupu nya iaitu putera sihir muda) bertekad pergi ke Frozen North untuk berjumpa dengan Blue Witch.

bersama, mereka telah mengembara dan mengharungi pelbagai rintangan.. sepanjang pengembaraan mereka, Millie sedikit demi sedikit berjaya dalam mengawal magik naga nya..

27 May 2014

Book Review 2014 # 10 - For One More Day

Title: For One More Day
Author: Mitch Albom


buku ni cerita pasal seorang lelaki yang bermasalah dari segi kerjaya, keewangan, keluarga dan masalah ketagihan alkohol..

disebabkan terlampau banyak masalah, beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri di kampung halaman dengan cara minum alkohol secara berlebihan..  tetapi ape yang di rancang tidak menjadi kerana dalam perjalanan pulang ke kampung beliau telah telah terlibat dengan kemalangan..

kisah pon bermula bagaimana dia menggunakan peluang untuk meluangkan masa bersama insan tersayang yang telah meninggalkan nya sejak lapan tahun lalu..

tapi pelik, macam mana dye nak spent time dengan orang yang telah mati kan? so knelah baca sendiri yer untuk tahu sama ada dia benar2 telah mati atau sekadar khayalan nya sahaja..

koleksi penuh Mitch Albom

24 May 2014

Book Review 2014 # 9 - Inkheart (Inkworld # 1)

Title: Inkheart
Author: Cornelia Funke


ni satu lagi buku yang telah dimoviekan.. which is den dah tengok movie dulu baru jumpo buku eh.. so bila baca buku nie den dok terbayangkan watak2 nye macam yang dalam movie.. haha

dalam buku ni Mo dan anak dye Megie ade keupayaan untuk menghidupkan character dalam  buku ke alam nyata dengan membaca secara kuat.. semua nya jadi tanpa disedari atau pon disengajakan..

one day Mo secara tidak sengaja telah menghidupkan Capricon, penjahat dari sebuah buku yang bertajuk Inkheart.. so Mo dengan Megie kene mencari jalan untuk menghantar pulang Capricon..

dan semestinya tugas untuk menghantar pulang Capricon tidaklah mudah seperti yang disangka kan.. pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu mereka tempuhi..

nak tahu ape cabaran dan rintangan nya, kenelah baca sendiri buku ni..

klik sini tuk senarai penuh buku ni Inkheart Trilogy

23 May 2014

BBW Putrajaya May2014


yang kat Putrajaya ni BBW buat sempena Hari Belia.. den semata2 mintak cuti ari Jumaat pehtu den bangun pepagi g cni.. siap guna khidmat Waze lagi.. maklum ler teman tak teror jalan sana.. hahaha

selepas 2 jam kat cni, ni jer yang berkenan dek mato dan..