14 January 2014

Book Review 2014 # 7 - Shadows

Title: Shadows
Author: Ilsa J.Bick


ni buku yang kedua dalam series The Ashes Trilogy.. den pon poning sebona eh masa baca buku ni..

Alex merupakan pelarian dari demons daripada masa lampau beliau dan juga demons yang berada di dalam kepala nya.. selepas dunia hilang Alex percaya Rule adalah tempat perlindungan untuk diri nya dan untuk orang2 yang akan dye sayangi.. namun dye silap..

kini Alex dalam perjuangan menentang orang dewasa yang akan menggunakan dye,  mereka yang tidak mempercayai beliau dan Changed yang akan memakan dirinya hidup2!

mampukah Alex menangani penentangan ini berseorangan?

p/s: den pon tak bapo nak minat sangat buku ni.. hahaha

08 January 2014

Book Review 2014 # 6 - Bitten

Title: Bitten
Author: Kelly Armstrong


Elena Michaels adalah werewolf wanita tunggal di dunia.. dan Elena bosan dengan keadaan itu.. bosan dengan kehidupan yang sentiasa berjaga2 dan bersembunyi.. selain menjalankan tugasnya untuk memburu werewolves lain dan cuba untuk mengawal kemarahan dan keganasan dalam dirinya sendiri..

untuk itu Elena membuat keputusan untuk meninggalkan pack nya dan berpindah ke Toronto dan cuba untuk hidup sebagai manusia biasa..

namun apabila leader of the Pack memanggil Elena pulang untuk membantunya dalam memerangi pemberontakan yang berlaku secara tiba2, Elena terpaksa akur kerana Elena berhutang dengannya..

Elena membuat keputusan selepas semua nya selesai dye akan membebaskan diri nya daripada Pack dan menjalani kehidupannya sebagai manusia.. seperti yang diingini nya selama ini..

tetapi, adakah menjadi manusia biasa adalah keinginan Elena yang sebenar?

03 January 2014

Book Review 2014 # 5 - Wolf Pact

Title: Wolf Pact
Author: Melissa de la Cruz


Lawson dan saudaranya berjaya melarikan diri dari "neraka underworld".. dan kini mereka menghadapi situasi yang mendesak dan berbahaya.. tidak berkesempatan untuk memanggil mana2 tempat persinggahan sebagai rumah kerana sering dikejar oleh Hounds dari underworld..

apabila Hounds berjaya bersemuka dengan Lawson dan menangkap Tala (kekasih Lawson), kini giliran Lawson pula untuk mengejar dan menangkap Hounds..

Lawson tidak akan berhenti mencari dan memburu Hounds untuk menyelamatkan Tala, walaupon peluang untuk menyelamatkan Tala adalah sangat nipis..

satu2 nya harapan Lawson terletak pada Bliss Llewellyn, dimana Bliss juga kehilangan orang tersayang kepada Hounds.. Bliss sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan mereka walaupon ini bermakna Bliss perlu bekerjasama dengan lelaki tampan berjiwa serigala yang berbahaya dan tidak sopan..

ikuti pengembaraan Lawson dan Bliss dalam misi menyelamatkan orang yang mereka sayangi..