25 December 2013

Book Review 2013 # 4 - Immortal Beloved

Title: Immortal Beloved
Author: Cate Tiernan


buku ni lamo dah den baco.. 2 tahun lopeh kot.. ingat2 lupe jer nih cite nye macam mana..

Nastasya yang berumur hampir 459 tahun (menurut umur manusia biasa baru berumur 17 tahun) telah menghabiskan hidup nya yang lalu sebagai spoiled and drugged-out party girl. beliau tidak merasakan apa2 dalam hidup nya dan tidak mengambil berat pada sesiapa pon..

dan apabila suatu hari beliau menyaksikan Dark Immortal telah menyiksa manusia, beliau menyedari perubahan perlu dilakukan..

membuat keputusan untuk mencari perlindungan di sebuah pusat perlindungan bagi wayward immortals (immortal yang telah sesat dalam kehidupan).. disana Nastasya telah bertemu dengan seorang immortal yang bernama Reyn.. namun Nastasya dapat merasakan seperti Reyn mempunyai hubung kait dengan masa lalu beliau..

di pusat perlindungan akhirnya Nastasya dapat mengenali kehidupan dan menghargai hidup nya.. namun segala nya bakal berubah apabila pada suatu malam dye mendapat tahu ade pihak yang ingin kan dye mati..

actually buku ni ade sambungan nye.. klik cni yer Cate Tiernan Series

20 December 2013

Book Review 2013 # 3 - Blood Oath

Title: Blood Oath
Author: Christopher Farnsworth


buku ni pon dah lamo den boli.. 

Zack Burrow ialah seorang staff White House yang muda dan bericta2 tinggi. dengan tidak disangka2 beliau telah digandignkan dengan Nathaniel Cade seorang secret agent yang telah bersumpah untuk melindungi Presiden.

tetapi Cade bukan lah ejen biasa.. beliau telah terikat dengan perjanjian darah kerana Cade ialah seorang pontianak..

Cade perlu berjuang untuk melangkah ke dunia siang Amerika, bertempur dengan musuh asing dan jaoh lebih berbahaya dari apa yang rakyat biasa boleh bayangkan..

Cade telah menjadi blood-drinking sejak tahun 1867, dan beliau telah diberi pilihan oleh Presiden Andrew Johnson. beliau perlu memilih antara berkhidmat untuk negara nya atau menamatkan kewujudan beliau. 

memilih untuk berbakti kepada negara, sejak itu beliau telah berkhidmat kepada semua Presiden.. menjadi seorang ejen rahsia yang merupakan pertahanan akhir kepada mimpi buruk Amerika..

nampak nya den kono lah cari buku lain dalam series ni.. klik cni nak tahu list buku nye yer =)

17 December 2013

Book Review 2013 # 2 - The Gift

Title: The Gift
Author: James Patterson


buku ni sebenarnya ade series dye.. klik sini nak tahu Witch & Wizard Trilogy. buku ni plak buku no 2 jadi rasa macam tergantung jer bila baca buku ni sebab nye tak tau ape jadi sebelum nye.. hope next BBW ade lah buku lain dalam series nie..

The Gift bermula apabila dua beradik Whit dan Whitsy ditangkap oleh rejim kuasa jahat, The Order. dalam masyarakat tersembunyi, Whit dan Whitsy telah melantik diri meraka sebagai ketua Resistance dan mereka sanggup berkorban diri untuk menyelamatkan kanak2 yang telah diculik dan dipenjara oleh The Order..

dalam pada masa yang sama The One mempunyai agenda tersembunyi di mana dia memerlukan Whitsy kerana Whitsy ialah "The One Who Has The Gift".. walaupon hakikatnya Whit dan Whitsy tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh The One..

tak banyak yang den boleh ceritakan pasal buku ni.. nak kene tunggu den baco buku 1st dan buku2 yg lain baru boleh nampak cite keseluruhan..

nanti2 den update lagi yer..

14 December 2013

Book Review 2013 # 1 - Unwanted

Title: Unwanted
Author: Kristina Ohlsson


buku ni cerita pasal pembunuhan misteri.. kisah bermula apabila seorang kanak2 perempuan telah diculik dari kereta api yang sesak.. walaupon terdapat beratus2 saksi tetapi tidak seorang pon perasan bila dan bagaimana budak perempuan tersebut hilang..

lebih malang lagi apabila si ibu tertinggal kereta api.. krew kereta api telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan mereka mengambil langkah berjaga2 untuk memerhatikan kanak2 perempuan tersebut.. namun setibanya di Central Station Stockholm, kanak2 perempuan tersebut telah hilang!

Inspector Alex Recht dibantu penganalisa penyiasatan Fredrika Bregman telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan kanak2 perempuan tersebut.. pada mulanya mereka beranggapan kehilangan kanak2 perempuan tersebut berpunca daripada perebutan hak penjagaan memandangkan ibu bapa nya telah berpisah..

namun selepas mayat kanak2  perempuan ditemui mati dengan perkataan "Unwanted" tertulis didahi nya, kes itu telah bertukar menjadi sebuah pemburuan pembunuh kejam..

jadi kenelah baca buku ni kalo nak tahu sape yang bunuh kanak2 perempuan tersebut dan ape kaitan nya kanak2  perempuan tersebut dengan tulisan "Unwanted" didahinya..

klik sini tuk senarai penuh buku ni Kristina Ohlsson Trilogy

06 December 2013

BBW Mines December 2013


ni first time g BBW.. ari pertama pegi dengan en.tunang.. nak muntah jugak rasanye nengok buku bebanyak tu..

malam kedua den pegi sorang2 plak.. kali ni tak de rasa nak muntah..

ni koleksi pertama den.. =)